Pages


Saturday, July 31, 2010

JAMUAN AMAL BERSAMA ANAK-ANAK YATIM


31hb Julai 2010 - Bersempena kedatangan bulan Ramadhan 1431H, Biro Sukan Pemuda UMNO Bahagian Merbok dengan kerjasama AR Utama Enterprise telah mengadakan satu jamuan bersama anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Kampung Che Bema. Seluruh anak-anak yatim tersebut telah disajikan makanan berbentuk set ayam goreng KFC dan diraikan bersama barisan AJK Pemuda Bahagian Merbok yang diketuai oleh Sdr. Annuar (NKP), Sdr. Amirruzzaini, Sdr. Shukeri, Sdr. Hilmi & Sdr. Syam (NKP Cinta Sayang). Di samping itu Sdr. Amirruzzaini juga menyampaikan Al-Qur'an & sejadah kepada Ustaz Mohd Saad, yang juga merupakan penyelia di rumah anak yatim tersebut.    







  

Sunday, July 25, 2010

Gotong-Royong di Tmn Bandar Baru, Sg Lalang

25hb Julai - Bertempat di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, YBhg. Dato' Haji Tajul Urus Bin Haji Mat Zain, Penyelaras Parlimen Merbok, AJK UMNO Bahagian Merbok, Environment Idaman Sdn Bhd telah bersama-sama para penduduk setempat bergotong-royong membersihkan kawasan semak-samun di kawasan sekitar.

 

 

Tuesday, July 13, 2010

Program Jom Tengok Final Bolasepak Piala Dunia

12hb Julai - Bermula jam 1.00 pagi, bertempat di Dewan UMNO Sg Lalang, program Jom Tengok Final Piala Dunia anjuran Pemuda Bahagian Merbok telah berjaya menarik penonton yang ramai menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia secara langsung di antara Sepanyol bertemu Belanda. Sekitar 300 penonton membanjiri perkarangan dewan tersebut menyaksikan perlawanan tersebut di skrin gergasi. Pemuda Bahagian Merbok juga telah menyumbangkan roti canai & teh tarik untuk para penonton.
Antara yang hadir adalah barisan AJK Pemuda Bahagian yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Annuar Ahmad, Abg Hashim Penerangan & pemuda-pemuda di cawangan sekitar Zon Sungai Lalang.

Sunday, July 4, 2010

Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Merbok 2010

3hb Julai 2010, 2.00 petang, Cinta Sayang Resort







Pihak AJK Pemuda Bahagian Merbok mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran para perwakilan dalam menjayakan persidangan tahunan ini. Kerjasama yang diberikan adalah amat dihargai.

Video Hari Ini