Pages


Tuesday, July 13, 2010

Program Jom Tengok Final Bolasepak Piala Dunia

12hb Julai - Bermula jam 1.00 pagi, bertempat di Dewan UMNO Sg Lalang, program Jom Tengok Final Piala Dunia anjuran Pemuda Bahagian Merbok telah berjaya menarik penonton yang ramai menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia secara langsung di antara Sepanyol bertemu Belanda. Sekitar 300 penonton membanjiri perkarangan dewan tersebut menyaksikan perlawanan tersebut di skrin gergasi. Pemuda Bahagian Merbok juga telah menyumbangkan roti canai & teh tarik untuk para penonton.
Antara yang hadir adalah barisan AJK Pemuda Bahagian yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Annuar Ahmad, Abg Hashim Penerangan & pemuda-pemuda di cawangan sekitar Zon Sungai Lalang.

No comments:

Post a Comment

Video Hari Ini