Pages


Sunday, August 29, 2010

Program "Kami Prihatin"


Majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak-Anak Yatim Kg. Che Bema, Sg. Layar pada 28hb Ogos 2010. Anjuran bersama Gerakan Belia 4B Kawasan Merbok, Majlis Belia Daerah Kuala Muda. Turut serta adalah beberapa pertubuhan kelab dan persatuan seperti Kelab Wish, Northern Livinian, Koridor Utara, Kelab Kereta-Kereta Lama, Bikers dan lain-lain lagi.

     

KEMBARA SAHUR

Bersama-sama ahli-ahli Jabatan Bomba & Penyelamat
28hb Ogos 2010 - "Memang baguih program ni, syabas Pemuda UMNO Merbok!", rata-rata orang ramai memuji program "Kembara Sahur" yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok. Program tersebut yang bermula pada jam 11.00 malam di Stesen Bas Ekspress Sungai Petani dan berakhir di Balai Bomba Sungai Petani pada jam 2.30 pagi. Program ini disertai oleh kira-kira 40 buah kereta yang dianggotai oleh seluruh Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian Merbok bersama UMNO Bahagian Merbok dan Wanita Bahagian Merbok telah bergerak secara konvoi dari satu tempat ke tempat yang lain, telah menyampaikan sumbangan nasi bungkus & air minuman. Antara tempat-tempat lain yang disinggahi adalah Balai Polis Sungai Petani, Jabatan Pertahanan Awam, Balai Trafik, IPD Kuala Muda, plaza tol Sungai Petani Utara, Hospital Sultan Abdul Halim, Penjara dan TNB. 

Dato' Haji Tajul Urus Bin Haji Mat Zain, yang merupakan Penyelaras Parlimen Merbok, berkata program seperti ini adalah sebagai menghargai golongan petugas-petugas yang bekerja pada larut malam. Manakala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, En. Shaiful Hazizy Bin Zainol Abidin pula berkata, "Program seperti ini akan diteruskan lagi terutamanya ketika musim perayaan dalam menjalin hubungan dan kerjasama yang baik di antara Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok dengan jabatan-jabatan kerajaan serta agensi-agensi lain ."

Menyampaikan sumbangan di kaunter-kaunter bas ekspress
Di Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)
Antara barisan AJK Bahagian dan Pemuda yang turun
Menyampaikan sumbangan di Balai Polis Trafik
Di IPD Kuala Muda
AJK sibuk mengagih makanan di hentian teksi Sg Petani


Monday, August 23, 2010

Sumbangan Baju Raya Kepada Anak-Anak Yatim


22hb Ogos 2010 - Seramai 25 orang kanak-kanak Rumah Anak Yatim Kg. Che Bema hari ini tersenyum girang apabila mendapat baju raya sumbangan dari Pemuda UMNO Bahagian Merbok (PPU Merbok). Sumbangan ini bertujuan untuk berkongsi bersama anak-anak yatim tersebut dalam menikmati kemeriahan menyambut hari raya.

PPU Merbok yang diketuai oleh Sdr. Shaiful Hazizy Bin Zainol Abidin dan Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Haji Tajul Urus Bin Haji Mat Zain, telah menyambut ketibaan anak-anak yatim tersebut pada jam 3.00 petang di Billion Supermarket, Sungai Petani. Setibanya anak-anak yatim tersebut, mereka dibantu oleh AJK PPU Merbok dalam memilih baju raya mengikut pilihan dan selera anak-anak yatim tersebut.

"Program sebegini amat unik di bulan puasa kerana ianya sememangnya berlainan dari yang lain. Selalunya di bulan ini kebanyakannya cuma dipenuhi dengan majlis-majlis berbuka puasa, terawih dan moreh. Pujian seharusnya diberikan kepada Shaiful dan barisan ahli jawatankuasanya di atas inisiatif mereka yang julung kalinya tampil dengan program sebegini." kata Dato' Tajul Urus.

   



Keratan akhbar berkenaan sumbangan tersebut:

Sinar Harian, 24 Ogos 2010
Utusan Malaysia - 24 Ogos

Sunday, August 22, 2010

Majlis Berbuka Puasa Di Giat MARA Merbok, Bedong


21hb Ogos 2010 - Bertempat di Giat MARA Merbok, Bedong telah berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran Pemuda UMNO Bahagian Merbok. Majlis tersebut telah disertai sekitar 150 orang yang terdiri dari kakitangan dan pelatih Giat MARA Merbok, AJK Pemuda UMNO Bahagian Merbok serta AJK UMNO Bahagian Merbok, Wanita & Puteri. Para tetamu juga disambut oleh Lt. Kol. (B) Hj. Khairuddin Bin Mohd Ali, Pengurus Giat MARA Merbok yang turut memberi ucapan aluan di majlis tersebut.

Di majlis tersebut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Sdr. Shaiful Hazizy Bin Zainol Abidin, dalam ucapannya telah berkata mengenai peruntukan daripada kerajaan untuk para pemuda dari bahagian-bahagian dalam kos memperbaiki rumah-rumah yang rosak. Menurutnya, pihak kerajaan juga telah menyediakan beberapa skim pinjaman kepada pelatih-pelatih Giat MARA yang tamat kursus untuk memulakan perniaagaan sendiri.

Majlis berbuka puasa ini juga merupakan julung kalinya diadakan di situ. Selepas ini, pihak Pemuda UMNO Bahagian Merbok sedang merangka untuk mengadakan majlis korban di tempat tersebut.

    
Untuk melihat lebih lagi gambar dalam program tersebut, sila klik di link ini: http://picasaweb.google.com/ppumerbok/BukaPuasa_GiatMARA_210810?authkey=Gv1sRgCLjnl4Wqgb6jmwE&feat=directlink

Video Hari Ini