Pages


Monday, August 23, 2010

Sumbangan Baju Raya Kepada Anak-Anak Yatim


22hb Ogos 2010 - Seramai 25 orang kanak-kanak Rumah Anak Yatim Kg. Che Bema hari ini tersenyum girang apabila mendapat baju raya sumbangan dari Pemuda UMNO Bahagian Merbok (PPU Merbok). Sumbangan ini bertujuan untuk berkongsi bersama anak-anak yatim tersebut dalam menikmati kemeriahan menyambut hari raya.

PPU Merbok yang diketuai oleh Sdr. Shaiful Hazizy Bin Zainol Abidin dan Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Haji Tajul Urus Bin Haji Mat Zain, telah menyambut ketibaan anak-anak yatim tersebut pada jam 3.00 petang di Billion Supermarket, Sungai Petani. Setibanya anak-anak yatim tersebut, mereka dibantu oleh AJK PPU Merbok dalam memilih baju raya mengikut pilihan dan selera anak-anak yatim tersebut.

"Program sebegini amat unik di bulan puasa kerana ianya sememangnya berlainan dari yang lain. Selalunya di bulan ini kebanyakannya cuma dipenuhi dengan majlis-majlis berbuka puasa, terawih dan moreh. Pujian seharusnya diberikan kepada Shaiful dan barisan ahli jawatankuasanya di atas inisiatif mereka yang julung kalinya tampil dengan program sebegini." kata Dato' Tajul Urus.

   



Keratan akhbar berkenaan sumbangan tersebut:

Sinar Harian, 24 Ogos 2010
Utusan Malaysia - 24 Ogos

No comments:

Post a Comment

Video Hari Ini